Sahabat~Q..
Sahabatku yang papa..
Jika engkau mengetahui..
Bahawa kemiskinan yang membuatmu sengsara
Itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang Keadilan
Dan pengertian tentang Kehidupan
Maka engkau pasti berpuas hati dengan nasibmu.
Kusebut pengetahuan tentang Keadilan :
Kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta
Untuk mencari pengetahuan.
Dan kusebut pengertian tentang Kehidupan :
Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan keagungan
Bagi menempuh jalan kebenaran.
Bergembiralah sahabatku yang papa..
Karena engkau merupakan penyambung lidah Keadilan
Dan kitab tentang Kehidupan.
Tenanglah..
Kerana engkau merupakan sumber kebajikan
Bagi mereka yang memerintah terhadapmu
Dan tiang kejujuran..
Bagi mereka yang membimbingmu.
Jika engkau menyadari wahai sahabatku yang papa..
Bahawa malang yang menimpamu dalam hidupmu
Merupakan kekuatan yang menerangi hatimu
Dan membangkitkan jiwamu
Dari teruk ejekan kesinggahsana kehormatan
Maka engkau akan merasa berpuas hati karna pengalamanmu
Dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbingmu
Serta membuatmu bijak dalam hidupmu
Kehidupan ialah
Suatu rantai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang berlainan
Duka merupakan salah satu mata rantai emas
Antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan masa depan
Antara tidur dan jaga
Sahabatku yang papa..
Kemiskinan menyalakan api keagungan jiwa
Sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukan
Duka melembutkan perasaan
Dan suka mengubati hati yang luka.
Bila Duka dan kemelaratan dihilangkan..
Jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong
Hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan.
Ingatlah..
Bahwa keimanan itu adalah peribadi sejati Manusia
Tidak dapat ditukar dengan emas
Tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan
Mereka yang mewah sering meminggirkan keimananan
Dan mendakap erat emasnya.
Orang muda sekarang
Janganlah sampai meninggalkan Keimananmu
Hanya mengejar kepuasan diri
Dan kesenangan maya semata
Orang-orang papa yang kusayangi..
Saat bersama isteri dan anak
Sekembalinya dari ladang merupakan waktu yang paling mesra bagi keluarga
sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan yang akan datang.
Tapi hidup orang yang senang bermewahmewahan
Dan suka mengumpulkan emas
Pada hakikatnya seperti hidup cacing di dalam kuburan
Itu menandakan ketakutan
Wahai sahabatku yang papa..
Air mata yang kutangiskan..
Lebih murni daripada tawa ria orang yang ingin melupakan
Dan lebih manis daripada ejekan seorang pencemooh
Air mata ini membersihkan hati dan kuman benci
Dan mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.
Benih yang kautaburkan bagi si kaya
Dan akan kau tuai nanti
Akan kembali pada sumbernya
Sesuai dengan Hukum Alam.
Dan dukacita yang kau sandang
Akan dikembalikan menjadi sukacita Oleh kehendak Syurga.
Dan angkatan mendatang akan mempelajari Dukacita
Dan Kemelaratan sebagai pelajaran tentang Kasih Sayang dan Persamaan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar